Thursday, January 20, 2011

Blog 2 Bersua Muka

Assalamualaikum wbt..

Baiklah..ini adalah sambungan seterusnya:   http://www.emocutez.com

Setelah kami memberi salam, Cikgu KS (bapa Cizu) keluar menyambut family VM (rasanya 3 family tu..) dan
mempersilakan kami masuk. Acara bersalam-salaman pun berlaku.. Tiba-tiba muncul seorang anak muda (apakah motif digambarkan sebagai anak muda? Terasa aku tua!) dan turut mengalu-alukan kedatangan kami..

http://www.emocutez.com


Oh rupanya anak muda itulah Cizu..pada ketika itu Babu K sedang berehat di dalam bilik (baring) kerana kurang sihat, VM, adik2 perempuan, Big Mama serta makcik-makcik pun masuk ke bilik. Babu K sempat bertanya tentang VM. Biasalah kalau bukan soalan 'sudah kerja? di mana?".VM agak pelik juga bilamana Babu K sering senyum kepada VM. Ahh, mungkin Babu K gembira melihat kami di sana.

http://www.emocutez.com


Semasa di sana, Kak B (juga sepupu Big Papa) menghidangkan kelupis & daging masak kicap! Sedap, ai tell yuh..hehe. (Eh cerita tentang Cizu tapi cerita makanan pula yang interframe). Masa kami bersantai dan berborak, adik perempuan VM (Rai) perasan tentang tingkah laku Cizu yang asyik melihat ke arah kami.

Ketika itu, aku hanya memikirkan bahawa Cizu mungkin ingin berborak bersama-sama kami (sudah mindset awal-awal bahawa aku antara sepupu yang paling tua yang ada ketika itu).

http://www.emocutez.com


Setelah itu VM tidak bertemu lagi dengan Cizu. Ini kerana Aidilfitri 2010 VM tidak pulang ke kampung. Hanya Big Papa and the boys saja yang ke sana. Manakala VM, adik-adik perempuan stay di pekan menemani Big Mama (kaki Big Mama sakit lalu tidak larat berjalan jauh).

Wassalam.

0 hati yang berbicara:

Post a Comment