Sunday, January 23, 2011

Blog 4 : The Gossip

Blog 4 : The Gossip

Salam..kali ni VM ceritakan tentang gossip yang timbul di antara kami.. Sebenarnya, menurut cerita Cizu, dia terdengar perbualan di antara Babu K & Kak B mengenai Cizu yang ingin dijodohkan mengikut pilihan Babu K.

http://www.emocutez.com


Ketika itu Babu K dan Kak B di dapur (di kampung). Kak B yang bertanggungjawab mencadangkan nama VM. Babu K pula setuju dan menurut Cizu Babu K suka kalau Cizu dengan VM (apakah???).

Perbualan di antara mereka terhenti bilamana Cizu sengaja ke dapur..

http://www.emocutez.com


Cizu pernah memberitahu bahawa Babu K sering menyebut nama VM. Cizu pernah bertanya, kenapa asyik sebut nama VM sambil bergurau "ada apa-apa ka ni?". Akan  tetapi Babu K hanya berkata "ko apa taw.." Hehehe, lucu juga mereka ini ya..

http://www.emocutez.com


Cizu juga pernah berkata bahawa Babu K pernah bertanya kepadanya:

Babu K: ko maw jugakah sama anak pakcikmu itu?
Cizu     : ish apa laa mama ni..

Menurut Cizu, gossip tentang kami sudah lama diperkatakan. Tiap kali Aidilfitri pasti hal ini akan timbul.. Nasib baik VM tidak mengetahui hal ini ketika itu..Huhuhu...terpaksalah VM act cool Aidilfitri tahun ini..

http://www.emocutez.com

Saturday, January 22, 2011

Blog 3 His Approach

Blog 3 His Approach http://www.emocutez.com

Pertama kali Cizu menyapaku melalui ruangan chat di Facebook. Sebelum ini beliau telah add VM, Big Papa dan adik-adik perempuan. Pernah Rai query tentang Cizu kerana kami tidak mengenali siapa beliau sebenarnya.

Sehinggalah pada suatu hari, akhir 2010..seseorang telah menyapa VM d FB dgn singkatan nama AM.

AM: salam, VM..
VM: wslm..
AM: VM kenal kah saya?
VM: siapa ya?
AM: ala, cousin sendiri pun xkenal?

Terus VM blur...kepala ligat memikirkan siapakah sepupu yang dimaksudkan? VM klik pada wall FB AM dan meneliti gambar beliau..wajah yang pernah dilihat tapi di mana? klik lagi gambar lain..SAH! Anak Babu K!

http://www.emocutez.com


(telah di olah mengikut ingatan VM)
VM: Oo...anak Babu K kan..
AM: haha..sombong taw..
VM: aku sombong? Bila?
AM: masa dulu jumpa di kampung..x tegur pun..
VM: bukan sombong..tapi segan..
AM: ya la tu..

http://www.emocutez.com


Haa..begitulah permulaan komunikasi antara kami..tapi bukan setakat itu sahaja. Kami chat seharian hari itu..
So, memang inilah permulaan kisah Cizu..

Thursday, January 20, 2011

Blog 2 Bersua Muka

Assalamualaikum wbt..

Baiklah..ini adalah sambungan seterusnya:   http://www.emocutez.com

Setelah kami memberi salam, Cikgu KS (bapa Cizu) keluar menyambut family VM (rasanya 3 family tu..) dan
mempersilakan kami masuk. Acara bersalam-salaman pun berlaku.. Tiba-tiba muncul seorang anak muda (apakah motif digambarkan sebagai anak muda? Terasa aku tua!) dan turut mengalu-alukan kedatangan kami..

http://www.emocutez.com


Oh rupanya anak muda itulah Cizu..pada ketika itu Babu K sedang berehat di dalam bilik (baring) kerana kurang sihat, VM, adik2 perempuan, Big Mama serta makcik-makcik pun masuk ke bilik. Babu K sempat bertanya tentang VM. Biasalah kalau bukan soalan 'sudah kerja? di mana?".VM agak pelik juga bilamana Babu K sering senyum kepada VM. Ahh, mungkin Babu K gembira melihat kami di sana.

http://www.emocutez.com


Semasa di sana, Kak B (juga sepupu Big Papa) menghidangkan kelupis & daging masak kicap! Sedap, ai tell yuh..hehe. (Eh cerita tentang Cizu tapi cerita makanan pula yang interframe). Masa kami bersantai dan berborak, adik perempuan VM (Rai) perasan tentang tingkah laku Cizu yang asyik melihat ke arah kami.

Ketika itu, aku hanya memikirkan bahawa Cizu mungkin ingin berborak bersama-sama kami (sudah mindset awal-awal bahawa aku antara sepupu yang paling tua yang ada ketika itu).

http://www.emocutez.com


Setelah itu VM tidak bertemu lagi dengan Cizu. Ini kerana Aidilfitri 2010 VM tidak pulang ke kampung. Hanya Big Papa and the boys saja yang ke sana. Manakala VM, adik-adik perempuan stay di pekan menemani Big Mama (kaki Big Mama sakit lalu tidak larat berjalan jauh).

Wassalam.

Blog 1 - Mungkin Jodoh?

Blog 1 - Mungkin Jodoh?

Assalamualaikum wbt..

Apakah perasaan anda bila seseorang memberitahu bahawa anda berkemungkinan dijodohkan dengan sepupu anda?

http://www.emocutez.com


Out of nowhere, sedangkan anda dikenali sebagai seorang yang pediam @ introvert (sebenarnya control ayu) di kalangan family namun berperangai gila-gila apabila bersama family nukleus & teman-teman?..

http://www.emocutez.com


Ya..VM mengaku..itulah yang terjadi ke atas diri VM beberapa hari yang lepas.. oh to be
honest..sepupu yang VM maksudkan tu ialah Cizu..anak bongsu kepada Babu K (sepupu Big Papa),
berusia 3 tahun lebih muda dari VM (yup, I'm 27 this year~)..

Menyentuh tentang VM dengan Cizu, sebetulnya kami tidak pernah bercakap. Hanya sekali bersua
muka (seingat VM lah..) namun menurutnya semasa beliau kecil, beliau pernah ke rumah VM.
Pertama kali kami bersua muka (menurut pandanganku) ialah semasa Hari Raya Aidilfitri 2009.
Ketika itu kami sekeluarga & makcik pakcik datang bertandang ke kampung setelah menziarah
pusara arwah datuk, makcik n sepupu VM.

http://www.emocutez.com


Apakah yang terjadi ketika itu? Akan bersambung di entry seterusnya...(cubaan unsur saspen).

http://www.emocutez.com



Wassalam